Searching...
Saturday 28 April 2012
16:38 0

Ribuan Peserta Bersih 3.0 Mula Buat Kecoh



KUALA LUMPUR – Ribuan peserta Himpunan Bersih 3.0 mula membanjiri ibu kota seawal jam 8 pagi menuju ke Dataran Merdeka untuk duduk “melepak” dan bantah.

Menurut tinjauan kami di Jalan Tunku Abdul Rahman, beberapa kumpulan yang terdiri dari mahasiswa, warga emas dan anak kecil turut diheret bersama ke Dataran Merdeka untuk berkumpul di sana.

Timbalan Presiden Parti Pakatan Rakyat (PKR), Azmin Ali mula berarak dari kompleks membeli belah Semua House menuju ke Dataran Merdeka melalui Jalan Masjid India bersama 100 orang penyokongnya.

Pihak berkuasa turut dilihat berkawal di beberapa lorong di sekitar Masjid India dan mengadakan sekatan jalan serta lorong-lorong di situ..

Selain itu, banyak premis perniagaan telah ditutup dipercayai sebagai tindakan berjaga-jaga sekiranya berlaku rusuhan atau himpunan bertukar ganas.

Terdahulu, pemimpin mahasiswa yang dikatakan pro-Syiah, Khalid Ismath, dilihat mencetus ketegangan apabila memanjat tembok tinggi di Jalan Tunku Abdul Rahman dan menyampaikan ucapan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan, termasuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur.

“Mansuh..Mansuh..Rosmah Mansur!,” jerit Khalid dikhalayak ramai meskipun isteri Perdana Menteri itu tiada kena mengena dengan himpunan menuntut pilihanraya yang adil dan bersih itu.

Penganjur Bersih 3.0 sebelum ini mensasarkan kehadiran seramai 500,000 orang peserta di dalam himpunan ‘duduk bantah’ di Dataran Merdeka’.

Semalam, pihak berkuasa terpaksa menutup Dataran Merdeka dengan kawat besi berduri bagi menghalang para peserta himpunan untuk masuk ke kawasan itu.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...