Searching...
Saturday 28 April 2012
16:39 0

Remaja ‘Galak’ Burukkan Nama Malaysia



KUALA LUMPUR – Sekumpulan remaja yang menyertai perhimpunan aman Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka ketika ini terlalu ‘galak’ memburukkan dan mengutuk nama Malaysia kepada pelancong asing yang turut berada di lokasi perhimpunan itu.

Seorang pelancong asing yang berbangsa Arab sedang merakamkan kejadian dan perkembangan perhimpunan itu dengan telefon bimbitnya kerana tidak mengerti apakah yang sedang berlaku.

Pelancong itu juga sempat menemubual kumpulan remaja itu dan bertanyakan pendapat mereka tentang perhimpunan yang sedang berlangsung itu untuk mendapatkan maklumat.

Antara yang ditanya, “Why do you guys doing all these thing?”, “What’s your opinion about Malaysia’s Government?”.

Kumpulan remaja itu dengan selamba membalas pertanyaan pelancong itu dengan jawapan, “Same like Egypt, sucks! Malaysia’s Government also same like Ghadaffi,”.

Jumlah pengikut perhimpunan Bersih 3.0 semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Orang ramai yang pagi tadi duduk di sekitar Stesen LRT Masjid Jame’ juga sudah bergerak menuju ke Dataran Merdeka.

Sesekali mereka akan melaungkan slogan perhimpunan mereka tanda marah dan meminta hak mereka untuk menggunakan Dataran Merdeka didengar.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...