Searching...
Saturday 14 April 2012
00:30 0

Rasa Terancam & Dalam Bahaya - Sri Wani Buat Laporan Polis

SRI WANI (kiri) berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur
di samping seorang lelaki semalam

KUALA LUMPUR – Kemelut yang dialami isteri ketiga bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Sri Wani Choo Abdullah berhubung dakwaan mengatakan dia sebenarnya seorang lelaki membuatkan pengusaha butik kecantikan itu berasa dirinya terancam dan dalam bahaya.

Menurut Sri Wani, dakwaan yang tidak berasas itu telah mendorong pendedahan keterlaluan oleh media mengenai tuduhan tersebut minggu lalu.

Sehubungan itu, wanita tersebut telah membuat laporan polis ekoran tidak tahan dengan gangguan-gangguan berkenaan yang dianggap telah menyekat kebebasan dirinya.

“Saya diekori pihak tertentu sehingga saya tidak boleh keluar (rumah),” kata Sri Wani kepada Hakim Abdul Walid Abu Hassan berhubung kegagalan memasukkan bukti dakwaan fitnah madunya dalam afidavit injunksi ex parte (sebelah pihak) di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam. - kosmo!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...