Searching...
Saturday 14 April 2012
00:33 0

FIFA Ranking Bolasepak Malaysia Turun Ke Tahap Terburuk



RANKING BOLASEPAK MALAYSIA | FIFA Ranking Bolasepak Malaysia Turun Ke Tahap Terburuk. Senarai ranking FIFA terbaru yang dikeluakan bulan April menyaksikan ranking bolasepak Malaysia menurun lagi ke-156. Ranking pasukan bolasepak Malaysia tahun ini menurun dari ranking ke-148 pada bulan Januari, ke-150 pada Februari dan ke-152 pada Mac lepas dan terkini ke-156 bulan April.
Walaubagaimanapun, ranking tersebut bukan bermaksud mutu bolasepak negara di tahap terburuk, tetapi disebabkan pasukan Malaysia kurang mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa dengan pasukan negara lain. Sementara itu pasukan Juara Piala Dunia dan Piala Eropah, Sepanyol mengekalkan ranking teratas dalam senarai terbaru FIFA.
Ranking bolasepak Malaysia di ranking ke-27 di benua Asia daripada seramai 46 negara. Pasukan Bolasepak Australia masih mengekalkan ranking nombor satu di Asia dan ranking ke-21 keseluruhan. Peminat bolasepak Malaysia seharusnya tidak perlu bimbang mengenai ranking FIFA sebab, dalam perlawanan kompetitif pasukan rankingtersebut tidak akan dapat menjamin kemenangan bagi pasukan yang berada di ranking tinggi. Walaubagaimanapun senarai ranking FIFA boleh dijadikan motivasi untuk meningkatkan lagi pretasi dan kualiti yang sedia ada. Malaysia mempunyai peluang untuk memperbaiki ranking sekiranya mendapat keputusan baik dalam aksi persahabatan menentang Sri Langka, Malaysia VS Sri Langka.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...