Searching...
Monday 23 April 2012
12:54 0

Prinsip Fazura



TIDAK dapat dinafikan pelakon jelita, Fazura mempunyai kelompok peminat yang ramai, tetapi wajahnya jarang kelihatan di kaca televisyen mahupun layar lebar.

Dalam laman Twitternya, duta produk ‘Lux’ ini menjelaskan sebab dia tidak mahu menerima tawaran lakonan sesuka hati.

Menurut Fazura, dia terpaksa menolak watak yang memerlukannya berlakon adegan bersentuhan dengan lelaki.

Ini kerana, dia mula membataskan lakonannya seiring peningkatan usia dan merasakan tidak sesuai melakonkan adegan sedemikian.

Biarpun prinsipnya itu kini membuatkan rezeki dalam bidang lakonan tidak serancak dulu, ternyata Fazura bijak mencari sumber lain apabila bakal muncul dengan perniagaan sendiri Mei ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...