Searching...
Monday, 23 April 2012
12:49 0

400 Terbunuh Dalam Pergolakan Di Sudan


KHARTOUM (Sudan) – Beratus rakyat Sudan terbunuh dalam pertempuran selama beberapa hari dalam perebutan lombong minyak utama Sudan, Heglig, kata pegawai kanan tempatan hari ini.

Pegawai kanan Presiden Omar al-Bashir, Nafie Ali Nafie, berkata angka korban pertempuran di antara SPLA dan tentera upahan di Heglig mencecah sehingga 400.

Bagaimanapun, ia tidak mengatakan jumlah sebenar tentera Sudan yang terkorban dan pihak tentera juga melaporkan bahawa tiada sebarang maklumat mengenai angka korban di kedua-dua belah pihak.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...