Searching...
Friday 27 April 2012
18:28 0

Pokok Pisang Pelik | Berbuah Di Tengah Batang


Pelik tetapi benar, itulah yang berlaku ke atas sepohon pisang ditanam seorang peneroka di Rancangan Tanah Felda Chiku, 6, dekat sini, yang mengeluarkan setandan buah di tengah batang.

Husin Yaacob, 52, berkata, pisang jenis kebatu yang ditanam dicelah pokok salak berhampiran rumahnya sejak tiga tahun lalu tidak sangka mengeluarkan buah di tengah batang yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Katanya, beliau menyedari keanehan pohon pisang itu akhir bulan lalu ketika sedang mencuci kawasan tanaman salah dan pisang tersebut bersama isteri dan anak-anak.


“Apabila saya ternampak sepohon pisang kebatu itu berbuah di tengah batang, lalu memberitahu jiran-jiran mengenai keanehan kejadian Tuhan hingga ramai yang datang melihatnya,” katanya.

Menurut Husin, walaupun buah pisang yang keluar itu masih kecil, tetapi dianggap ganjil yang perlu dibiarkan begitu sahaja untuk tontonan orang ramai.

Beliau berkata, dia juga tidak berniat untuk menebang pisang tersebut walaupun buahnya tua kerana tidak tergamak untuk makan berikutan kejadian aneh itu yang tidak pernah dilihat selama ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...