Searching...
Sunday, 15 April 2012
18:58 0

Pejabat Umno Disimbah Cat


Seorang kakitangan Pejabat Umno Bahagian Kuala Langat terkejut apabila mendapati pintu pejabat berkenaan disimbah cat merah awal pagi semalam.

Kejadian yang disedari jam 10.30 pagi itu turut menjumpai dua bendera Umno yang turut disimbah dengan cat di hadapan pintu premis berkenaan.

Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli percaya perbuatan menyimbah cat merah itu dilakukan sesetengah pihak yang kurang menyenangi kempen pemasangan bendera dan poster Barisan Nasional (BN) dan Umno yang dilaksanakan di daerah itu.

“Saya sendiri kesal dengan apa yang berlaku namun Umno Bahagian Kuala Langat tidak akan mengalah untuk meneruskan gerakan menyeluruh dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang selain menyifatkan perbuatan menyimbah cat dilakukan individu yang ‘kurang akal’.

“Mereka yang melakukan perbuatan menyimbah cat merah dan melempar bendera Umno ke pejabat ini bertujuan untuk menimbulkan syak wasangka dan kemarahan antara satu sama lain,” katanya kepada Sinar Harian ketika melihat keadaan Pejabat Umno Bahagian Kuala Langat, semalam.

Bagaimanapun Sulaiman berkata, beliau tidak berani mengesyaki pihak yang terbabit dan menyerahkan perkara berkenaan kepada polis.

Beliau berkata, wakilnya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Langat berhubung perkara berkenaan.

Sebagai langkah berjaga-jaga katanya, pejabat berkenaan bakal dilengkapi Kamera Litar Tertutup (CCTV) bagi menggelakkan kejadian sama berulang.

“Pemasangan CCTV sebagai langkah keselamatan selain mencegah jenayah memandangkan pejabat berkenaan pernah dipecah masuk pada 2009,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...