Searching...
Tuesday 10 April 2012
20:41 0

Khafsh: Bilik kurungan saya seperti kubur

Selasa , 10-04-2012 - Tahanan penjara, Fuad Al-Khafsh yang juga merupakan Pengarah Pusat Pengajian Tahanan Penjara Ahrar, menyifatkan bilik kurungan terasingnya di Penjara Megiddo, milik rejim Zionis sebagai sebuah kubur.

Ismail Thawabtah, Pengarah Pusat Pertahanan Tahanan Penjara Palestin mendedahkan pada Ahad lalu, dalam satu kenyataan media bahawa beliau menerima satu mesej daripada Khafsh yang memaklumkan bahawa beliau telah mengambil keputusan untuk melakukan mogok lapar bermula pada hari Khamis (15/03/2012). Mogok itu bertujuan membantah polisi pentadbiran tahanan serta sebagai menyatakan sokongan kepada anggota parlimen, MP Sheikh Ahmed Haj Ali dan Hana Shalabi yang sedang dipenjarakan.

Kata Khafsh lagi, sebaik sahaja beliau melancarkan mogok lapar, pihak pentadbiran penjara rejim Zionis telah memindahkannya ke bilik pengasingan. Beliau menyifatkan keadaannya seperti dikuburkan di dalam bilik yang gelap dan sempit. Pegawai penjara rejim Zionis telah melayannya dengan begitu kasar dan ganas.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...