Searching...
Monday 23 April 2012
12:22 0

Nenek Selamba ‘Belasah’ Buaya!




KOTA BELUD – Tindakan berani seorang wanita warga emas memukul kepala seekor buaya menggunakan tongkat kayu menyelamatkan dirinya daripada dibaham reptilia ganas itu dalam kejadian di Kampung Tempasuk Dua, di sini.

Dalam kejadian jam 5 petang Selasa lalu, Luayoh Kindurus, 74, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai mengerjakan sawah sebelum kaki kirinya tiba-tiba disambar buaya, ketika melalui titi kayu untuk menyeberang parit selebar satu meter.

“Ketika melangkahkan kaki di atas titi kayu itu, tiba-tiba kaki kiri saya disambar buaya.

“Saya tidak panik sebaliknya cuba lawan buaya itu dengan memukul kepala reptilia ganas berkenaan menggunakan tongkat kayu.

“Pukulan itu mengenai mata buaya itu, menyebabkan ia melepaskan kaki saya,” katanya ketika ditemui menerima rawatan, di Hospital Kota Belud, di sini, semalam.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...