Searching...
Thursday 19 April 2012
12:11 0

Marsha Dulu Digosip, Sekarang Menggosip


KUALA LUMPUR – Bekas bintang realiti TV Akademi Fantasia, Marsha Londoh sejak dari awal pembabitannya dalam bidang seni enam tahun lalu sering menjadi bahan-bahan gosip para wartawan hiburan kerana cerita-cerita sensasinya tetapi dia kini menjadi sebaliknya.

Menurut artis yang dibesarkan di Tamparuli, Sabah ini dia kini semakin kurang digosipkan dengan kisah-kisah dunia artis, tetapi dia pula yang bertindak selaku penggosip apabila dipilih sebagai pengacara dalam rancangan Propaganza di saluran Astro Ria sejak lima minggu yang lepas.

“Dalam rancangan itu, saya banyak bercerita tentang gosip artis-artis di mana secara tidak langsung saya seperti wartawan hiburan yang mengetengahkan bahan-bahan itu. Saya kena jaga penampilan diri saya agar tidak timbul gosip-gosip liar tentang saya di mata para wartawan.

“Kalau tidak nanti, takkanlah saya yang akan menyiarkan gosip tentang diri sendiri dalam Propaganza? Secara tidak langsung tugas saya sebagai pengacara bersama Redza dalam rancangan itu menyebabkan saya lebih memahami tugas sebagai seorang wartawan hiburan.

“Malah, sewaktu menerima tawaran itu selepas melalui sesi ujibakat saya berasa kurang yakin untuk mengacarakan rancangan itu. Ini kerana, saya tiada pengalaman dalam bab gosip mengosip artis tetapi mujurlah ada Redza yang banyak membantu saya,” katanya di sini kelmarin.

Marsha meluahkan perasaannya itu kepada para wartawan selepas pelancaran Journey Through Song Ingin Bersua D.J. Dave di Hard Rock Cafe di sini di mana dia bakal menjadi artis undangan pada konsert Datuk D.J. Dave di Istana Budaya pada 1, 2 dan 3 Jun ini.

Jelas selebriti berketurunan Kadazan Dusun ini lagi, dia pada masa sama ingin lari terus daripada gosip-gosip hangat yang membabitkan cerita-cerita peribadinya termasuklah kisah cintanya dengan seorang ahli perniagaan yang pernah heboh diperkatakan banyak pihak baru-baru ini.

“Buat masa ini saya mahu menumpukan masa terhadap kerjaya saya sebagai pelakon filem, drama dan bidang nyanyian. Saya baru habis menjalani penggambaran filem Qada dan Dr. K Kahwin 5, manakala album single saya akan diterbitkan tidak lama lagi bertajuk Kepastian Cinta,” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...