Searching...
Tuesday 1 May 2012
13:06 0

LG Menyertai Industri Ruangan Storan Awan Melalui LG Cloud


Nampaknya, dunia perkomputeran awan kelak akan disertai oleh pelbagai pengeluar komputer mahupun peranti mudah-alih seluruh dunia. Selepas minggu lepas kita melihat Google dan Microsoft masing-masing melancarkan perkhidmatan storan awan mereka, kini LG pula muncul dengan perkhidmatan tersendiri, dinamakan LG Cloud.


Melalui LG Cloud, seperti pada namanya, ia menyediakan perkhidmatan awan mereka tersendiri, dan akan memberikan ruangan percuma sebanyak 5GB kepada para pengguna. Melaluinya, ia akan disertakan bersama-sama dengan produk mereka, terutamanya LG Smart TV.

Dengan sokongan LG Cloud, ia membolehkan anda sync akan kandungan terus ke televisyen LG anda dengan mudah terus daripada komputer Windows mahupun peranti Android. Untuk menjayakannya, LG menyediakan klien untuk platform tersebut, yang mana kemudiannya para pengguna boleh mengakses video dan juga gambar terus melalui televisyen LG mereka.

LG juga dijangka akan menyediakan ruangan tambahan secara berbayar, selain pembeli produk LG seperti Smart TV dan juga telefon pintar mereka akan mendapat ruangan tambahan sehingga 50GB secara percuma untuk enam bulan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...