Searching...
Tuesday 1 May 2012
13:10 0

Ked.ai Memudahkan Penjualan Barangan Yang Tidak Digunakan


Perkhidmatan jual-beli di Malaysia dijangka akan terus meningkat pada tahun ini, dimana selain daripada beberapa laman web sedia ada yang memfokuskan kepada perkhidmatan jual-beli, terkini sebuah perkhidmatan baru dilancarkan, dinamakan sebagai Ked.ai, membolehkan orang ramai menjual barangan mereka dengan mudah.


Namun, berbeza dengan laman jual-beli biasa, Ked.ai memfokuskan kepada penjualan barangan yang tidak digunakan oleh para pengguna. Ini sekaligus membolehkan anda daripada hanya menyimpan sahaja barangan yang tidak digunakan di rumah anda, mengubahnya kepada bentuk wang dengan menjual kepada mereka yang mencari produk seumpamanya.

Ked.ai menggunakan pendaftaran menggunakan akaun Facebook, dimana anda boleh aktifkan akaun anda dengan mudah, melalui hanya satu klik sahaja. Selepas pendaftaran selesai, anda boleh mendapatkan pautan khas anda tersendiri, dan boleh memuat-naik gambar barangan yang ingin tidak digunakan lagi, dan menjualnya kepada umum.

Memandangkan ianya menggunakan Bootstrap sebagai latar kepada rekabentuk laman Ked.ai, maka para pengguna boleh mengaksesnya dengan mudah pada skrin kecil seperti tablet dan juga telefon pintar, sekaligus bukan sahaja menjadikan penjualan sesuatu barangan lebih mudah, tetapi mereka yang mencari sesuatu perkara juga boleh melakukannya dengan pantas terus daripada peranti mudah-alih.

Ked.ai turut menyertakan panel khas untuk berbincang dengan penjual, membolehkan anda tawar-menawar bersama mereka. Memandangkan Ked.ai lebih memfokuskan kepada pasaran menjual barangan terpakai dan juga tidak digunakan, maka sokongan perbincangan ini akan menguntungkan kedua-dua pihak secara tidak langsung.

Jadi, bagi anda yang mempunyai pelbagai barangan yang tidak terpakai itu, mungkin boleh menggunakan Ked.ai untuk mula menjualnya hari ini, disamping menemui barangan menarik melalui perkhidmatan tersebut pada kadar harga yang menarik.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...