Searching...
Thursday 26 April 2012
14:14 0

Jimmy Shanley ‘Sindir’ Ibu Mertua?



PETALING JAYA – Pengacara lelaki Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 32, menafikan yang dia cuba untuk menyindir ibu mertuanya dalam drama Tanah Kubur yang disiarkan di Astro Oasis lakonannya sendiri baru-baru ini.

Dalam drama tersebut, terdapatnya watak seorang wanita sebagai Datin Iroh yang mempunyai nama mirip seperti ibu mertuanya, Datin Munirah, seorang usahawan produk kecantikan Natasha.

Namun, Jimmy menyangkal dakwaan tersebut dan mendakwa itu hanyalah rekaan watak yang dicipta hanya untuk jalan cerita tersebut.

“Dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas langsung. Saya hanya pelakon yang memainkan watak seperti dikehendaki dalam skrip pengarahnya Rashid Sibir.

“Drama itu adalah cerita rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan kehidupan peribadi saya atau orang lain,” kata Jimmy seperti dalam laporan mStar Online.

Selain itu, terdapat juga beberapa pihak yang mendakwa hubungan Jimmy dengan keluarga sebelah isterinya semakin dingin dan tidak baik.

Bagaimanapun, Jimmy mengakui tidak pernah mendengar cerita itu dan menganggap hubungannya dengan keluarga mertua masih baik.

Cuma, kecelaruan dalam kehidupan peribadi Jimmy membuatkan dirinya ingin memberi lebih komitmen penuh dan tumpuan yang tinggi dalam kerjaya seninya.

“Saya jarang berkomunikasi dengan ibu mertua. Kami sibuk dengan kehidupan masing-masing. Tiada apa pun yang keruh atau dingin berlaku antara kami.

“Saya tidak mahu komen lebih, buat masa ini saya lebih selesa menumpukan pada kehidupan sendiri sahaja.

“Kini, saya mahu melangkah ke hadapan dan serahkan sahaja kepada pihak mahkamah bagi menentukan hal rumah tangga kerana mereka lebih arif,” katanya.

Jimmy bernikah dengan Nursuhaila pada 1 Oktober 2010 dengan mas kahwin sebanyak RM31,186 sempena dengan tarikh kelahiran Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

Namun, pasangan itu memberikan kejutan kepada peminat-peminat Jimmy apabila mereka mula tinggal berasingan semenjak 21 Oktober, tiga minggu selepas mereka diijab kabulkan.

Jimmy bertindak memfailkan permohonan kembali taat terhadap Nursuhaila pada 31 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz (ingkar perintah suami) pada 27 Januari tahun lalu.

Keputusan hak penjagaan anak perempuan mereka, Zahrah Shanley akan diketahui pada 30 April ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...