Searching...
Thursday 26 April 2012
14:16 0

11 Sistem Planet Baru Di Temui



CAPE CANAVERAL 27 Jan. – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menemui 11 sistem planet baru, termasuk satu daripadanya memiliki lima planet yang mengelilingi orbit lebih hampir kepada bintangnya berbanding planet Utarid yang mengelilingi matahari.

Saintis Jack Lissauer semalam berkata, penemuan itu meningkatkan senarai planet dalam sistem solar sebanyak 729, termasuk 60 dinamakan sempena peralatan yang mereka gunakan, teleskop angkasa pengesan planet, Kepler.

Teleskop tersebut dilancarkan pada Mac 2009, mampu mengesan kehadiran cahaya kecil, namun dalam jumlah kerdipan tetap daripada sebarang bintang yang melaluinya.
Saintis kemudian boleh menentukan jika perubahan itu disebabkan planet yang melaluinya, berkait dengan apa yang dirakam Kepler.
Kumpulan saintis Kepler turut mempunyai 2,300 lagi ‘calon’ planet menanti untuk disahkan.

Namun, tiada satu pun sistem planet yang baru ditemui sama seperti sistem solar sedia ada, walaupun penemuan Kepler-33, bintang yang lebih besar dan tua daripada matahari, mempunyai banyak persamaan.
Bintang tersebut mempunyai lima planet berbanding lapan yang dimiliki oleh sistem solar kita, namun kesemuanya mengelilingi bintang mereka lebih dekat berbanding Utarid.

Planet tersebut mempunyai ukuran diameter antara 1.5 hingga lima kali saiz bumi. Namun pasukan tersebut belum mengesahkan jika terdapat sebarang kewujudan planet solid seperti Bumi, Marikh, Utarid atau ia dipenuhi gas seperti Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.

Pasukan Kepler sebelum ini menemui satu bintang dengan enam planet yang telah disahkan serta sistem kedua yang mempunyai lima planet.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...