Searching...
Tuesday 1 May 2012
13:29 0

Intel Core Ivy Bridge Generasi Ketiga Kini Muncul


Intel hari ini memperkenalkan cip terbaru generasi ketiga mereka bersaiz 22 nanometer di bina dari kejuruteraan Ivy Bridge, lebih tepat dipanggil sebagai Intel Ivy Bridge chip architecture. Pelancaran disempurnakan oleh Kirk Skaugen, Pengurus Besar diPC Client Group. Sebelum Ivy Bridge diperkenalkan, Intel membangunkan cip terbaru melalui kejuruteraan Sandy Bridge. Cip komputer yang dihasilkan melalui Ivy Bridge adalah cip berprestasi tinggi dengan penggunaan kuasa elektrik rendah – satu penemuan teknologi yang dulunya dianggap impossible. Melalui majlis pelancaran rasmi, Intel mengumumkan mereka akan menampilkan 13 model cip terbaru berciri quad core (empat teras) diklasifikasikan dalam dua model – Core i5 dan Core i7, buat masa ini disasarkan untuk dipasang pada desktop pc prestasi tinggi di rumah juga di pejabat, gaming pc, ultrabook dan desktop jenis all in one. Beberapa lagi model cip terbaru akan diumumkan kelak. Selepas pelancaran rasmi Ivy Bridge, model-model ultrabook terbaru dari Lenovo, Acer, Samsung, Gigabyte akan mula muncul dipasaran menjelang Mei 2012 juga awal Jun, khabarnya model terbaru MacBook Air dan MacBook Pro turut diperkenalkan dalam tempoh sama.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...