Searching...
Wednesday 4 April 2012
01:00 0

HTAR Klang Cari Waris 4 Mayat



KUALA LUMPUR – Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor sedang mengesan waris kepada empat mayat yang masih belum dituntut hingga kini.

Bahagian Perhubungan Awam HTAR melalui satu kenyataan memberitahu, mayat terbabit terdiri dari tiga lelaki termasuk seorang warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan.

“HTAR sedang mengesan waris mayat seorang lelaki dewasa berketurunan India yang nama dan usia tidak diketahui tetapi dilapor meninggal dunia pada 12 Mac lalu.

“Mayat lain adalah mayat seorang lelaki India dikenali sebagai Gunasegaran, 53, yang telah meninggal dunia pada 7 Mac 2012,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, mayat lelaki warga Bangladesh pula dikenali sebagai Abdul Bepari, 45, dilapor meninggal dunia pada 6 Mac lalu.

Manakala, kata kenyataan itu, waris mayat seorang wanita dewasa berketurunan India iaitu Letchumy yang meninggal dunia pada 16 Januari 2012 turut dicari.

Keempat-empat mayat terbabit boleh dituntut di Jabatan Forensik, HTAR dengan menghubungi Pegawai Jabatan Forensik di talian 03 -33757000 sambungan 1305/1306. 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...