Searching...
Wednesday 4 April 2012
00:59 0

PAS Anjur Majlis Hi-Tea Kumpul Dana PRU



KUALA LUMPUR – Semakin dekat desas desus Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) semakin sibuk parti-parti politik di Malaysia mengatur pelbagai strategi untuk mempersiapkan jentera PRU masing-masing.

Jentera Pilihan Raya PAS Wangsa Maju juga tidak ketinggalan apabila dijadual menganjurkan satu majlis Hi-tea bertajuk “Sepetang Bersama Mat Sabu” pada hari 8 April ini di Restoran de Templer, Jalan Melati Utama 4, Melati Utama bermula pukul 5 petang.

Lokasi itu terletak berhampiran pejabat PAS Wangsa Maju dan majlis dijadual dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta dijangka dihadiri oleh pimpinan PAS dan pakatan pembangkang Wilayah Persekutuan yang lain.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melalui satu kenyataan memberitahu, majlis tersebut bertujuan memberi peluang kepada ahli PAS dan masyarakat setempat bersemuka serta bermesra dengan pimpinan PAS terbabit.

“Ia juga sebagai ruang untuk PAS mengumpul dana pilihan raya di dalam rangka menghadapi PRU13 akan datang,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mahu menghadiri majlis itu boleh membeli kupon berharga RM50 dengan hadir ke pejabat PAS Wangsa Maju.

Tambah kenyataan itu, sumbangan melebihi RM500 pula boleh terus diserahkan kepada Mohamad Sabu sewaktu majlis berlangsung.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...