Searching...
Tuesday 10 April 2012
00:27 0

Himpunan 1j Belia Antara Karnival Terbesar Dunia?



PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertekad menjadikan Himpunan Jutaan Belia yang diadakan setiap hujung Mei sebagai antara 10 karnival tahunan terbesar di dunia, kata Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau yakin karnival itu yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara mampu mencapai status berprestij itu berdasarkan ia telahpun mencipta nama sebagai karnival belia terbesar di Asia.

Katanya, Himpunan Sejuta Belia yang menyajikan lebih 500 acara menarik mampu memikat pelancong asing seperti beberapa karnival utama dunia antaranya karnival Mardi Gras yang dirayakan di Rio de Janeiro (Brazil), Venesia (Itali) dan Louisiana (Amerika Syarikat).

“Setakat ini di Asia, karnival ini adalah yang terbesar. Cuma kita nak tengok dari segi penilaian antarabangsa supaya pada suatu masa nanti orang (pelancong asing) akan datang ke Putrajaya setiap tahun untuk melihat kepelbagaian dari segi kesenian, kebudayaan, aktiviti dan kehidupan masyarakat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil Kementerian Pelancongan dan Persatuan-Persatuan Hotel di sini hari ini.

Justeru beliau meminta Kementerian Pelancongan dan wakil persatuan hotel memainkan peranan untuk mempromosi dan mewujudkan pakej-pakej istimewa bagi menarik pelancong asing sempena karnival itu yang diadakan dari 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya yang menyasarkan dua juta pengunjung.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...