Searching...
Tuesday 10 April 2012
00:28 0

Shahrizat: Patah Sayap Terbang Jua…



Pembangkang khususnya pemimpin PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli boleh bangga kalau isu NFCorp yang mereka ‘spin’ berjaya singkir Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil daripada kerusi Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Memang strategi pembangkang yang percaya dengan menumbangkan Shahrizat,pergerakan Wanita UMNO yang diketuai olehnya turut lumpuh sekaligus memudahkan mereka menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Umum mengetahui, selain Pemuda UMNO, pergerakan Wanita adalah jentera terpenting parti dan Barisan Nasional dalam setiap pilihan raya.

Dengan mematahkan sayap Wanita, pembangkang fikir perjalanan mereka ke Putrajaya semakin senang tetapi malangnya, mereka harus ingat bahawa Shahrizat akan lebih ‘gagah’ kerana bertongkat paruh, beliau akan berjuang juga.

Walaupun hari ini,Isnin beliau sudah tidak memegang jawatan menteri kerana keputusannya sendiri tidak mahu jawatan Senator yang masih berbaki sepenggal disambung, Shahrizat sebenarnya mempunyai lebih banyak masa untuk aktiviti parti.

Perkara inilah harus dibimbangi pembangkang kerana Shahrizat bukan seperti Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail yang hanya ‘ penunggu kerusi’ yakni ketua pada nama tetapi semua hal parti diuruskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shahrizat juga bukan seperti Wan Azizah yang tidak berani menanggung tanggungjawab atas segala dakwaan terhadap Anwar masih mempertahankan ‘suami anugerah Tuhan’ itu, walaupun jam Omega dan video 99.9 peratus tulin mirip menyerupai Ketua Pembangkang itu adalah bukti terbaik boleh mengaitkan Anwar dengan pelacur China terbabit.

Pembangkang mungkin berfikir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani menerima peletakan jawatan Shahrizat tetapi kedua-dua mereka cukup matang berpolitik dan tahu apa patut diutamakan.

Ekoran itu, pembangkang kini hanya boleh senang hati sebab Shahrizat bukan lagi menteri Kabinet tetapi mereka harus sedar bahawa Shahrizat kini milik penuh UMNO dan BN, apatah lagi menjelang ibu segala pilihan raya nanti.

Usaha pembangkang untuk melihat perpecahan dalam Wanita juga tidak kesampaian kerana kritikan Naib Ketua Datuk Kamilia Ibrahim hanya ibarat ‘ribut dalam cawan’ dan semua itu sudah reda malah pergerakan Wanita UMNO kini ibarat seikat penyapu- semakin kuat dan kukuh untuk menyapu pembangkang.

Shahrizat pasti sedar sokongan tidak berbelah bagi sayap diketuainya dan peranan Wanita UMNO sejak dahulu lagi bagi memenangkan BN.

Pasti kini beliau ada lebih banyak masa dan ruang turun padang mendekati rakyat dan pengundi bukan sahaja untuk menawan mereka tetapi menangkis segala temberang dan janji kosong pembangkang.

Beliau adalah pemimpin yang mudah didekati, mesra dan senang diajak berbicara.

Namun, disebalik lemah lembut, Shahrizat juga tegas dalam tugasnya dan inilah harus dibimbangi PKR,DAP dan PAS bahawa mereka hanya tersilap dengan mengaitkan isu NFCorp dengan Shahrizat pada hal Shahrizat tidak
ada kaitan kecuali syarikat itu milik suaminya.

Kesilapan pembangkang itu ibarat menyintuk luka Shahrizat dan kini mereka kena bersedia menerima amukan pemimpin kanan UMNO dan BN tersebut.

Berbaki tiga bulan atau paling lewat enam bulan sebelum pilihan raya umum 13 seperti di uar-uarkan, Shahrizat sudah boleh turun gelanggang, mengatur langkah, memalu gendang. Dengan tenang kerana jawatan menteri bukan lagi bebanan beliau.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...