Searching...
Monday 16 April 2012
23:53 0

Empat Ditahan Dalam Dua Serbuan Di Miri



MIRI – Dua lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kejadian pecah rumah dan seorang lelaki yang memiliki senjata buatan sendiri ditahan dalam dua serbuan di bandar raya ini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Jamaludin Ibrahim berkata serbuan pertama dibuat pada pukul 1 pagi di sebuah rumah di kawasan perumahan Senadin setelah polis mendapat maklumat mengenai kejadian pecah rumah.

“Polis menahan dua lelaki masing-masing berumur 42 dan 28 tahun serta seorang remaja wanita berusia 17 tahun di dalam rumah itu dan merampas dua komputer riba, dua kamera, lima telefon bimbit dan empat jam tangan yang dipercayai barangan curi,” katanya.

Beliau berkata polis turut menemui plastik kecil lutsinar yang mengandungi serbuk dipercayai dadah jenis Syabu.

Dalam serbuan kedua pada pukul 6 pagi, juga di sebuah rumah, polis menahan seorang lelaki berumur 30 tahun dan menemui senjata yang menyerupai senapang patah laras tunggal dalam satu daripada bilik di rumah itu.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...