Searching...
Tuesday 1 May 2012
13:21 0

Chrome OS Terbaru Akan Diintegrasikan Dengan Google Drive


Chrome OS, sistem operasi buatan Google versi terbaru yang digunakan dalam laptop Chromebook akan diperkenalkan kelak. Dalam berita yang kami terima, Chrome OS versi seterusnya akan diperkenalkan dengan ciri baru – integrasi dengan Google Drive. Setiap data yang mahu disimpan oleh pengguna akan disimpan terus ke Google Drive. Tidak ada ruang storan cakera keras pada kerangka dalaman Chromebook. Versi Google Chrome OS yang sedang di bangunkan sekarang ini adalah versi 19, proses percantuman Google Chrome OS dengan Google Drive akan dibuat pada versi ke 20 berdasarkan kenyataan dari Sundar Pichai, Senior Vice President di Google. Scott Johnson, Pengurus Produk Untuk Google Drive memberitahu Google Drive akan diintegrasikan sepenuhnya ke Chrome OS sebagai salah satu komponen asas pada versi akan datang. Walaupun itu baik kerana mengurangkan kos, menjimatkan masa serta menampilkan teknologi terbaru buat pengguna namun ada keburukan tersendiri. Chrome OS hanya sesuai untuk pengguna laptop yang mempunyai sambungan ke internet sepanjang masa – ia hanya ngan untuk untuk pengguna di iktiraf sebagai ‘heavy internet user‘ dengan kehidupan ‘online all the time’.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...