Searching...
Thursday 26 April 2012
01:31 0

Buat Live USB untuk Linux dengan LiLi USB Creator


Kadang-kadang bila saya fikir sesuatu kerja itu sudah sedia mudah, saya terjumpa perisian yang memudahkannya lagi.
Kali ini saya bercakap tentang Live USB untuk Linux. Dengan meningkatnya populariti laptop tanpa DVD-ROM, ramai pengguna yang beralih kepada Live USB untuk memasang sistem pengoperasian terutamanya Linux. Kalau dulu, untuk memasang Ubuntu saya perlu boot ke dalam CD Ubuntu terlebih dahulu, kini saya terus boleh melakukannya dari Windows, dengan Linux Live USB Creator.
Cara menggunakan LiLi USB Creator sangat mudah. Seperti rajah yang anda lihat di atas, kesemua langkah-langkah telah disediakan pada aplikasi itu sendiri:
  • STEP 1: CHOOSE YOUR KEY – Pilih USB drive anda.
  • STEP 2: CHOOSE A SOURCE – Pilih sumber bagi pemasangan Linux. Biasanya saya download ISO Linux terlebih dahulu, dan di sini saya pilih ISO / IMG / ZIP.
  • STEP 3: PERSISTENCE – Tinggalkan sahaja bahagian ini.
  • STEP 4: OPTIONS – Anda boleh tinggalkan kesemua kotak kosong.
  • STEP 5: CREATE – Tekan butang petir tersebut untuk memulakan pemasangan Linux ke dalam USB drive anda.
Setelah siap, anda boleh boot ke dalam USB drive ini untuk memasang Linux, atau menggunakannya sebagai Live USB.
Download: LiLi USB Creator

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...