Searching...
Thursday 26 April 2012
01:36 0

Jadikan artikel lebih tenang untuk dibaca dengan Readability dan Instapaper


Kusut kepala saya apabila cuba membaca berita dari laman web tempatan seperti The Malaysian Insider dan Free Malaysia Today. Bukan kerana kusutnya keadaan politik tanah air, tetapi kerana penuhnya laman tersebut dengan pautan dan gambar di kiri kanan yang tiada kaitan langsung dengan artikel. Walaupun setelah menggunakan AdBlock untuk menyekat iklan, masih terdapat banyak bahagian yang menganggu pembacaan.
Lihat contoh di bawah. Bahagian yang menganggu pembacaan saya diletakkan di dalam kotak merah. Artikel yang betul-betul ingin dibaca adalah di bahagian tengah sahaja.

Untuk membuang segala gangguan ini, saya gunakan Readability ataupun Instapaper. Khidmat tersebut akan membuang segala gangguan supaya anda dapat membaca dengan tenang dan penuh perhatian. Hasil artikel yang telah ditukarkan oleh Readability adalah seperti di bawah:

Readibility dan Instapaper berfungsi dengan memasang add-on pada pelayar web anda, dan anda boleh tukarkan sebarang artikel kepada versi yang lebih senang dibaca. Anda juga boleh menyimpan dan menguruskan artikel kegemaran anda, serta mengaksenya dari pelbagai peranti seperti telefon Android, iPhone, iPad, dan Kindle.
Download (anda hanya perlukan salah satu sahaja):

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...