Searching...
Sunday 29 April 2012
23:58 0

Bilakah Masa Popular Rakyat Malaysia Mengakses Internet Menggunakan Peranti Mudah-Alih?


Pada hari ini, peranti mudah-alih digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mengakses internet dengan mudah dari mana-mana sahaja, sekaligus memudahkan mereka menerima dan mengetahui pelbagai informasi dan maklumat dari mana sahaja mereka berada.


Dan melalui sebuah kajian yang dilakukan oleh InMobi, ia memperlihatkan beberapa lokasi popular dimana rakyat tempatan menggunakan peranti mudah-alih untuk mengakses internet.

Ramai pengguna tempatan menggunakan peranti mereka untuk mengakses internet ketika menunggu sesuatu perkara, iaitu lebih 50% pada ketika itu, dan diikuti 47% adalah ketika baring atas katil. Kajian tersebut juga memperlihatkan para pengguna menggunakannya pada pelbagai masa dan tempat, termasuk 6% ketika sedang berada dalam bilik-air.

Jadi, bagaimana pula dengan anda? Bilakah masa popular anda menggunakan peranti mudah-alih anda untuk mengakses internet?

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...