Searching...
Monday 30 April 2012
00:02 0

Maps Cube – Permainan Berasaskan Pelayar Web Daripada Google


Pada awal Januari, Google telah pun mengeluarkan video promosi khas untuk permainan mereka yang dijana menggunakan WebGL, dan menggunakan Google Maps sebagai perkara utamanya. Selepas lama Google senyapkan diri, kini ia didapati, permainan tersebut boleh diakses oleh semua terus melalui pelayar web di PlayMapsCube.com
Melaluinya, ia menyediakan permainan dimana para pengguna perlu mengawal sebuah bebola dalam membawanya ke destinasi yang ditetapkan dengan mengarahkan laluannya menggunakan tetikus anda. Google Maps digunakan sebagai latar kepada permainan tersebut, dimana para pengguna perlu membawa bebola tersebut melalui pelbagai jalan dan halangan untuk tiba disesuatu lokasi.
Untuk memainkan permainan tersebut, para pengguna hanya memerlukan pelayar web dengan sokongan WebGL, yang mana dibawakan oleh pelbagai pelayar web terkini, termasuk Chrome dan juga Firefox.
Jadi, sekiranya anda sudah memainkan permainan PlayMapsCube.com ini, jangan lupa berkongsi akan markah yang dikumpulkan oleh anda bersama kami.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...