Searching...
Tuesday 1 May 2012
13:40 0

Angry Birds Space Dalam The Simpsons




Selepas mengeluarkan Angry Birds Space, Rovio, pembuat permainan Angry Birds merancang untuk mengeluarkan Angry Birds Space dikaitakan dengan watak-watak The Simpsons. Angry Birds Space adalah versi terbaru permainan Angry Birds untuk peranti mudah alih (telefon pintar, tablet) dan peranti perkomputeran (ultrabook, laptop, desktop pc, netbook). Kiasan kerjasama antara Angry Birds Space dan pembikin The Simpson terpampang dalam gambar terbaru angry Angry Bird Space memaparkan donut Pink yang biasa di lihat muncul dalam siri The Simpsons, kemudian ada perkataan ‘Coming Soon’.

The Simpsons merupakan siri kartun popular mengisahkan peristiwa-peristiwa lucu yang terjadi dalam anak beranak keluarga Simpson serta situasi-situasi lucu membabitkan mereka dengan orang lain yang berada di sekeliling mereka misalnya peguam, pembuat filem dan saintis. Keluarga The Simpsons diketuai oleh Homer Simpson sebagai bapa, Marge Simpson sebagai ibu, Bart Simpson sebagai anak pertama, Lisa Simpson sebagai anak kedua, Maggie Simpson sebagai anak bongsu.

Watak-watak burung Angry Birds akan dikaitkan dengan suasana kehidupan watak-watak The Simpsons dalam versi terbaru siri kartun itu. Kerjasama antara The Simpsons dan Angry Birds Space mungkin akan merebak ke francais lain seperti permainan mudah alih, permainan komputer, poster, wallpaper, permainan figura, anak patung, t-shirt, topi, kasut atau mugkin filem animasi kartun. Video The Simpsons turut dilihat memaparkan Angry Birds di YouTube, dinamakan sebagai Angry Nerds.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...