Searching...
Tuesday 1 May 2012
13:34 0

Alienware – Sejarah Asas



Alieware pada asalnya adalah sebuah syarikat kecil di asakan pada 1996 oleh dua sahabat baik – Nelson Gonzalez and Alex Aguila, kerana meminati komputer kedua-dua mereka sepakat untuk membina sendiri desktops, notebooks, dan workstation kemudian menjualnya. Nama Alienware di ilhamkan daripada siri X-Files iaitu siri drama penyiasatan aktiviti makhluk asing di Bumi yang cukup popular ketika itu, dari sinilah logo Alienware berbentuk kepada makhluk asing mula diilhamkan. Ketika mula-mula dulu pengasas Alieware membeli komponen-komponen komputer, memasangnya menjadi sebuah set komputer lengkap lalu menjualnya.

Cara promosi mereka adalah melalui katalog, tempahan pula diterima melalui pos secara ‘mail order’. Stail sebegitu membolehkan mereka memenuhi citarasa pengguna berdasarkan kehendak semasa terutama pengguna komputer yang meminati gaming. Pada 22 Mac 2006, Dell akhirnya bertindak membeli Alienware. Kini Alienware memfokus pada industri permainan komputer secara keseluruhan serta beroperasi secara berasingan dengan Dell, namun produk terbaru Alienware tetap di pasarkan di dalam setiap katalog terbaru Dell. Saingan utama Alienware dalam industri gaming adalah Razer, syarikat ini juga turut mengeluakan peranti computer gaming mereka sendiri dari keyboard, mouse, headphone sehinggalah ke gaming laptop.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...