Searching...
Thursday 12 April 2012
22:14 0

Aaron Aziz Minta Maaf, Kenyataan Permohonan PR Hanya Gurauan


KECOH sebentar blog-blog media hiburan hari ini yang mengutarakan isu yang dikeluarkan di Berita Harian tentang penafian Aaron Aziz berkaitan permohonan taraf pemastautin tetap beliau yang telah diluluskan.

“Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat.

“Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur, “ katanya dihubungi Berita Harian, semalam. 

Ini jelas bercanggah dengan kenyataannya dalam sebuah blog hiburan yang dikeluarkan semalam. 


Hari ini, memetik sumber dari blog tersebut yang dipercayai mempunyai hubungan baik dengan Aaron Aziz sendiri, beliau memberitahu bahawa Aaron menjawab kenyataan yang dihantar melalui isterinya, Diyana Halik sebentar tadi bagi menjawab entrynya sebelum ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...