Searching...
Thursday 12 April 2012
22:53 0

Rukun islam

Tiang agama yang mesti dilakukan oleh setiap umat Islam . Terdapat lima rukun....
Mengucap dua kalimah syahadat

sesorang yang hendak menganut agama islam hendaklah mengucap dua kalimat syahadat. Dua Kalimah Syahadah adalah asas ajaran Islam. Syahadat Pertama menuntut kita agar mentauhidkan Allah (ikhlas). Syahadat Kedua pula menuntut kita agar mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Mendirikan sembahyang lima waktu

Umat islam Diwajibkan mendirikan sembahyang lima waktu sehari iaitu zuhur , asar , maghrib , isya dan subuh .
Mengeluarkan zakat

Umat islam diwajibkan mengeluarkan zakat Jumlah harta tertentu yang yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim yang mencukupi syarat untuk dibahagikan kepada mereka yang berhak menerimanya.
Berpuasa di bulan ramadhan

Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertai niat dan syarat- syarat tertentu
Mengerjakan haji

Kewajipan mengerjakan haji bagi setiap umat islam yang cukup syarat satu kali seumur hidup

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...