Searching...
Friday 30 March 2012
23:03 0

9 Cara Mengubati Diri Selepas Putus Cinta



1. Jangan Bertemu dengan Bekas Kekasih Buat Sementara
Setelah putus cinta, elakkan bertemu atau berkaitan dengan bekas kekasih anda. Perasaan sayang yang masih ada mungkin mendorong anda untuk menelefon, menghantar mesej teks atau bertemu dengannya. Tapi tindakan ini justeru akan mengingatkan sakitnya putus cinta. Anda harus benar-benar putus hubungan dengan si dia, sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan bagi menyembuhkan rasa sakit hati.

2. ’Nikmati’ Rasa Sakit Itu
Adalah hal yang sangat wajar ketika kita kehilangan seseorang yang dicintai. Saat merasakan sakit, itu bererti sebuah tanda bahawa anda sedang dalam proses penyembuhan. Menangislah jika anda ingin menangis, dan berteriaklah jika memang itu bbleh membuat perasaan sedikit lega. Rasa sakit setelah putus cinta boleh menjadi inspirasi untuk anda bagi mengerjakan sesuatu yang lebih baik, yang tidak pernah anda lakukan sebelumnya.

3. Menyibukkan Diri 
Cara terbaik menyembuhkan luka kerana putus cinta dan melupakan si dia adalah dengan menyibukkan diri. Anda tidak akan memikirkan bekas kekasih jika tidak memberi kesempatan pada otak untuk mengingatinya. Cubalah aktif dalam pelbagai kegiatan. Pilih aktiviti yang anda senangi. Tidak hanya menyegarkan fikiran, banyakkan aktiviti luar juga boleh mengalihkan fikiran anda daripada si dia.

4. Curahkan Kesedihan Anda Hanya Kepada Teman Dekat
Boleh saja menceritakan bagaimana sakit hatinya anda selepas putus cinta. Tapi bukan bererti anda boleh membicarakannya kepada setiap orang yang anda temui. Bukannya bersimpati, tindakan ini justeru boleh membuat teman-teman menjauhi anda. Berceritalah hanya pada teman-teman atau orang yang dekat dengan anda, yang cukup mengerti anda dan mahu mendengar setiap keluh kesah. Akan lebih baik lagi jika orang tersebut boleh menenangkan, mencarikan penyelesaian dan menggalakkan anda untuk meneruskan hidup.

5. Tumpahkan Perasaan anda dalam Tulisan 
Menumpahkan semua kekesalan dalam tulisan boleh jadi alternatif lain untuk meredakan sakit hati akibat putus cinta. Keluarkan semua rasa sakit, kecewa dan kemarahan anda dalam buku harian, sehelai kertas atau komputer (tapi jangan menyebarkannya ke kumpulan e-mel atau rangkaian sosial). Setelah sembuh nanti, anda boleh membacanya semula sebagai alat pendorong untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan pasangan berikutnya.

6. Meditasi
Meditasi adalah salah satu teknik lama untuk menenangkan fikiran yang tegang. Duduklah dengan tenang di dalam bilik, tutup mata, ambil nafas dalam-dalam, dan keluarkan secara perlahan. Sambil santai, anda boleh menjauhkan perkara-perkara negatif dari fikiran anda. Nyalakan lilin aromaterapi dan muzik instrumental untuk menambah perasaan tenang saat bermeditasi.

7. Beri Perhatian Pada Keluarga
Orang tua, kakak mahupun adik mungkin adalah orang-orang yang berpengaruh besar pada kehidupan anda. Mereka akan selalu berada di sisi anda saat senang mahupun susah. Saat menjalin hubungan cinta dengan bekas kekasih, mungkin anda tidak memberikan banyak masa untuk keluarga. Inilah saatnya untuk anda memberikan masa dan berkumpul bersama keluarga. Cuba ajak mereka beriadah atau sekadar makan malam bersama. Keakraban keluarga merupakan ubat paling mujarab untuk menyembuhkan luka.

8. Fokus pada Kerjaya
Jangan sampai kesedihan mengganggu prestasi kerja anda. Mungkin akan sukar menumpukan perhatian kerja saat kita di timpa masalah. Tapi cubalah untuk menjadikan kerjaya sebagai keutamaan dalam hidup anda. Dengan fokus dalam bekerja, bukan hanya membantu anda melupakan sakit hati, tetapi juga meningkatkan prestasi kerja anda di pejabat.

9. Nikmati Kesendirian
Sembuh dari sakit kerana putus cinta memang bukan hal mudah. Kerana itu, anda memerlukan waktu menenangkan diri untuk beberapa lama. Jangan terus cuba jalin hubungan baru setelah putus cinta untuk melupakan bekas kekasih anda. [sumber]


Bicara 1malaysianews: Ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkan sakit hati ialah dengan membaca Al-Quran, berselawat, melakukan solat sunat dan ibadah-ibadah yang lain. Mohon lah kepada Allah, ingatlah Allah pada saat kita susah dan senang, insyaAllah Allah akan membantu kita.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...