Searching...
Sunday 1 July 2012
13:39 0

Ziana Zain ada 'anak' baharu


MADAH Berhelah yang dimulakan seawal tahun 1991 memberi laluan untuk figura dengan kening lentik, Ziana Zain untuk berada di puncak tersendiri. Sehingga ke hari ini, sudah lebih dua dekad pesonanya bercahaya menghiasi galaksi seni tempatan.

Tujuh buah album studio dengan seleksi lagu-lagu hit seperti Anggapanmu, Putus Terpaksa, Riwayat Cinta, Kemelut Di Muara Kasih, Sangkar Cinta, Puncak Kasih, Berpisah Jua, Menadah Gerimis, Setiaku Di Sini dan Kalau Mencari Teman menjadi antara koleksi zaman emas Ziana. Itu tidak termasuk album runut bunyi untuk filem Sembilu, Maria Mariana dan Merah, album kompilasi serta single yang dihasilkan.

Nyanyian melayakkan Ziana untuk duduk di 'kerusi karisma.' Dia antara ikon pop, wanita, isteri dan ibu yang kekal popular merentasi zaman.

"Paling penting ikhlas dalam kerja. Selalu berpijak di bumi nyata. Tak salah merendah diri sebab manfaatnya sangat besar. Sebelum ini, ada orang kata, saya agak kurang jaga standard, tapi bagi saya standard seseorang itu ada di mana-mana dan harus kena pada tempatnya tak kiralah kita di rumah, dengan keluarga, kawan-kawan artis, media dan peminat.

"Saya cuma yakin dengan rezeki Allah. Kalau rezeki itu milik kita, ia tetap milik kita. Saya terdidik dalam keluarga yang begitu," katanya memberi definisi kepada pembawaan diri sepanjang lebih 20 tahun bergelar selebriti popular.

Memasuki usia 44 tahun, Ziana mahu mengalihkan perhatiannya ke sudut berbeza. Puas menabur vokal dan aksi dramatik untuk nilai seni dalam diri, dia mahu bergelar usahawan pula.

Hari ini merupakan detik bermakna buat Ziana Zain apabila menyaksikan 'anak' baharunya menembusi pasaran. Bukan anak hasil hubungannya bersama Armin Zaharin sejak 2 Mei 1998, tapi anak ini dihasilkan Ziana secara segera sejak dimulakan perbincangan lima bulan lalu iaitu produk makanan kesihatan dengan jenama b.lift.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...