Searching...
Saturday 19 May 2012
00:12 0

Saya Rasa Seperti Ditindas Dan Ingin Disingkirkan - Aaron Aziz

KUALA LUMPUR, 18 MEI 2012: Sejak bergelar Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011), pelbagai cerita sensasi yang melanda Aaron Aziz. Namun semua itu dilihat Aaron Aziz sebagai satu lumrah bagi insan yang bergelar selebriti.

Tetapi dengan isu permit dan pelbagai lagi isu seumpamanya, Aaron Aziz melahirkan perasaan hairan dan juga pelik melihat situasi yang berlaku ke atas dirinya yang juga merupakan seorang ahli Seniman.

"Jika melihat daripada sudut saya sebagai seorang ahli Seniman, kenapa saya seperti ditindas dan seperti mahu disingkirkan daripada persatuan itu.

"Sepatutnya sebagai ahli Seniman, rasanya saya perlu dibantu bagi menyelesaikan perkara seperti ini.

"Sebagaimana ada pihak yang mahu saya tunjukkan bukti, saya tidak perlu buktikan apa-apa.

"Seringkali saya berulang- alik ke jabatan Imigresen dan status saya sah di sini. Takkan perkara itupun saya mahu beritahu semua orang?

"Sekarang saya hanya jaga kerja saya dan sibukkan diri daripada terus membuang masa melayan perkara yang ada kalanya menunjukkan seseorang itu tidak matang dalam membuat sebarang kenyataan," ujar Aaron Aziz yang akan berlepas ke Tanah Suci bagi menjalani Umrah dan menghabiskan episod bagi siri Adam & Hawa di sana.

Dia juga diajukan soalan tentang isu mengupah pengawal sepanjang majlis ABPBH 2011 serta roadshow bagi acara berkenaan dan Aaron Aziz mengatakan itu sekadar mahu melancarkan pegerakannya sepanjang acara berlangsung.

Menurutnya lagi, orang yang menawarkan khidmat bodyguard itu juga merupakan temannya dan dia sekadar menerima tawaran itu kerana atas dasar rakan.

Aaron Aziz yang kini sibuk dengan pelbagai aktiviti seninya tetap meluangkan masa bersama produk yang mengangkat Aaron sebagai duta dan jurucakap iaitu bagi jenama Yourgourt.

"Pada mulanya saya tidak menggemari pemanis mulut ini, tetapi setelah diberi peluang menjadi duta, saya diberi peluang merasa dan ternyata ia tidak seperti yang disangkakan. Ia enak dan sihat untuk dimakan oleh semua lapisan masyarakat,' jawab Aaron Aziz yang menjadi duta untuk tempoh dua tahun. - murai

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...