Searching...
Showing posts with label gosip. Show all posts
Showing posts with label gosip. Show all posts
Thursday, 21 June 2012
19:01 0

Bront Tolak Cinta Maya Karin

JIKA dalam filem ‘Ombak Rindu’, pelakon Bront Palarae menaruh perasaan cinta terhadap Izzah, lakonan Maya Karin, namun dalam filem terbaru arahan Osman Ali, ‘Jwanita’, pelakon filem ‘Jiwa Taiko’ ini dapat merasai pula perasaan cinta dari pelakon cantik itu.

“Saya tak sabar untuk bergandingan dengan Maya sekali lagi. Jika dulu dia menolak cinta saya, kali ini saya nak dia rasa bagaimana rasanya bila cinta ditolak,” seloroh Bront ketika ditemui di majlis pelancaran ‘Jwanita’, baru-baru ini.

Mengulas mengenai wataknya sebagai Farhan, seorang doktor psikiatri, Bront memberitahu, “Sejujurnya, saya terkejut, tak sangka dan pada masa yang sama hairan apabila diberi watak sebagai Farhan. Ini kerana ia merupakan kali pertama saya menjadi orang biasa dalam filem.

“Buat masa ini saya masih dalam proses mencari-cari watak saya namun pada masa yang sama, saya teruja dan tak sabar untuk menterjemahkan watak ini. Cabaran saya ialah apabila pengarah mahu saya kelihatan hensem, kemas dan segak dalam filem ini.

“Umum tahu saya banyak berlakon watak antagonis serta menjadi seorang yang selekeh, jadi saya risau saya tak dapat memenuhi kehendak semua. Bagi saya, watak biasa lagi susah untuk dibawa dan saya agak berdebar untuk berlakon dalam filem ini.”

Selain Bront, ‘Jwanita’ turut dibarisi oleh Maya Karin, Cristine Suzanne, Marsha Milan Londoh dan ramai lagi. Filem terbitan Nuansa Sdn Bhd dan Ehsan Production Sdn Bhd ini bakal memulakan penggambaran pada 30 Jun ini.
17:53 0

Radio Tempatan Punca Berita Kematian Remy Ishak Tersebar

KALAU sudah artis ternama, sekejap sahaja berita tersebar. Kalau betul tu lain cerita tetapi ini cerita yang tidak sahih lebih-lebih lagi melibatkan kematian. Tolonglah pastikan terlebih dahulu sebelum tersebar. Jangan yang sudah dikatakan meninggal, masih hidup.. lari pulak orang yang terjumpa nanti.
“Saya masih hidup. Dakwaan banyak pihak memperkatakan saya sudah meninggal dunia hari ini (semalam) tidak benar dan ia mungkin hanyalah salah faham,” kata pelakon terkenal, Mohammad Zalimei Ishak atau Remy Ishak, 30.

Itu penjelasan diberikan Remy yang menjadi bahan bualan di laman twitter, semalam selepas ada pihak menyebarkan fitnah kononnya pelakon berkenaan dikatakan meninggal dunia.

Menurut Remy, penyebaran dakwaan itu bermula daripada laporan sebuah stesen radio tempatan yang dikatakan menyiarkan berita kematian seorang lelaki menyamai namanya sehinggakan perkara itu terus dikaitkan dengan dirinya.

“Selepas saja bangun daripada tidur petang tadi (petang semalam), saya dikejutkan dengan berita kurang enak sejurus ada pihak mendakwa saya sudah meninggal dan ia tersebar luas di twitter. Ia sangat melucukan tetapi ingin ditegaskan bahawa sehingga kini saya masih bernyawa, Alhamdulillah,” katanya.
Sunday, 17 June 2012
18:31 0

Malas nak layan gosip - Nazmi Faiz


KUALA LUMPUR: “Perkara lepas biarkan berlalu. Saya tak mahu ia mengganggu kerjaya saya yang baru saja bermula. Saya tak nafikan mengenali gadis terbabit, tapi saya bukan playboy.

“Buat masa ini, saya tak mahu layan apa-apa gosip atau kontroversi membabitkan nama saya. Orang boleh kata apa saja, tapi saya tahu kebenarannya,” kata bintang muda bola sepak negara, Muhamad Nazmi Faiz Mansor, 17, mengenai penyebaran beberapa gambar gadis di Internet yang didakwa teman wanitanya.

Carian dan semakan mendapati sekurang-kurangnya dua gadis dikaitkan dengan pemain itu yang baru saja menandatangani kontrak lumayan dengan kelab divisyen satu Portugal, SC Beira-Mar, baru-baru ini.

Kebanyakan gambar itu membabitkan aksi mesra Nazmi bersama seorang gadis yang dikatakan kekasih barunya dikenali sebagai Tengku F.

Tidak cukup dengan itu, beberapa gambar wanita lain turut dikaitkan dengannya, termasuk seorang dikenali sebagai N, sehingga membuatkan Nazmi digelar ‘playboy’ di kalangan pengkritiknya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...