Searching...
Showing posts with label berita artis. Show all posts
Showing posts with label berita artis. Show all posts
Saturday, 13 October 2012
16:27 0

Yana Samsudin Nafi Tinggalkan MIG



Yana Samsudin

KUALA LUMPUR – Artis wanita yang bernaung di bawah syarikat produksi Metrowealth (MIG), Yana Samsudin menafikan cakap-cakap orang mengenai cerita dia bakal meninggalkan syarikat tersebut.
Yana ternyata terkejut dengan cerita yang diadakan kerana berasakan mustahil untuk dia membuat keputusan seperti itu ketika namanya kian meningkat naik.
Cerita mengenai Yana mahu meninggalkan MIG timbul berikutan seorang pelakon wanita lain, Lisa Surihani dikatakan juga mahu meninggalkan syarikat milik penerbit terkenal, David Teo.
Jadi, Yana dikatakan mahu mengikut jejak langkah Lisa.
“Ehh tak adalah, yang pasal Lisa dah tak bersama MIG pun Yana tak tahu. Tapi kalau kata Yana pun akan tinggalkan MIG tu memang tak betul la.
“Lagipun kontrak Yana bersama MIG pun masih ada beberapa tahun lagi. Yana pun tak tahu bagaimana cerita sebegini boleh timbul sedangkan Yana sendiri pun tak ada apa-apa rancangan lagi.
Jadi buat masa ini memang Yana akan terus bersama MIG. Itu yang pasti,” kata Yana yang dipetik dari portal Buahmulut.com.
Sementara itu, Yana meluahkan rasa terkejut kerana memenangi Anugerah Heroin Terhebat dalam Anugerah Blockbuster anjuran Astro pada awal bulan lalu.
Dia tidak menyangka dapat mengalahkan Lisa kerana berpendapat jumlah pengundi lebih memihak kepada isteri kepada aktor kacak, Yusry Abdul Halim itu.
“Saya tak sangka langsung akan menang untuk kategori ini sebab pada jangkaan saya yang akan menang ialah Lisa Surihani berdasarkan peminatnya yang ramai.
“Tapi Alhamdulillah saya ucapkan kepada semua yang mengundi dan ini semua ialah rezeki Allah S.W.T,” katanya.
Oleh: NAIMAH SHAARI
16:26 1

Eja Cabar Diri Dalam Teater Tun Hasmah


Teater Tun Hasmah

KUALA LUMPUR – Selepas pengunduran dua orang artis wanita yang menyandang watak Tun Dr. Siti Hasmah ketika usia dewasanya dalam ‘Teater Tun Dr. Siti Hasmah’, Siti Shahrizah Saifuddin, 40, atau mesra dipanggil Eja setuju untuk menggantikan tempat Erra Fazira dan Datin Sofia Jane.
Menerusi laporan dari Kosmo Online, Eja menerima tawaran selepas satu-persatu artis yang ditawarkan watak itu menarik diri hanyalah kerana ingin mencabar bakat dirinya.
Justeru, dia tidak mahu membebankan diri dengan kisah dan sebab kenapa dua artis wanita sebelumnya ‘tidak menjadi’ untuk menjayakan teater bersejarah itu.
Malah, dia mahu melakonkan watak itu dengan berjaya.
“Saya sahut cabaran Datin Paduka Ummi Aida dan Erma Fatima, malah saya cabar diri untuk terima dan menjayakan peranan ini. Saya tidak mahu ambil tahu kenapa dua pelakon sebelum ini mengundurkan diri.
“Apa yang penting, saya akan buat yang terbaik. Bagi saya, tiada satu produksi yang sempurna. Tidak kira ia filem, drama mahupun teater, pasti akan berlaku masalah. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk membawakan watak Tun Dr. Siti Hasmah,” kata Eja.
Bakal ditayangkan pada 9 hingga 19 November depan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, Eja mengakui dia berasa gementar untuk menggalas tugas yang berat itu.
Eja sendiri tidak dapat melarikan perasaan gementar dalam dirinya walaupun sudah menjadi pelakon dalam masa yang agak lama.
Jadi, kemunculan kali pertamanya dalam dunia teater sedikit sebanyak turut menyumbang kepada perasaan takutnya.
“Bohong jika saya tidak berasa gementar. Perasaan saya bercampur baur. Teruja dan dalam masa yang sama gementar.
“Namun saya akan pastikan perasaan gementar itu bukan menjadi halangan untuk saya melakukan yang terbaik. Sebenarnya perasaan gementar itu bagus untuk menjadikan diri saya lebih bersedia memikul peranan itu nanti,” katanya.
Oleh: NAIMAH SHAARI
02:18 0

Norish Karman Terlantar Di Hospital, Koyak ‘Spine Disc’


Norish Karman Terlantar Di Hospital, Koyak 'Spine Disc'

Pagi tadi, pihak OHBULAN! telah melaporkan berita mengenai Norish Karman yang sedang menerima rawatan ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ kerana mengalami derita kekoyakan di bahagian ‘spine disc’ dan tisu.
Berhubung laporan tersebut, pihak OHBULAN! telah menghubungi Norish Karman sendiri bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut.
Menurut Norish Karman atau lebih mesra dipanggil NK, berita tersebut adalah benar dan dia telah selamat menjalani pembedahan kecil pada Selasa lalu di salah sebuah hospital swasta.
“Sekarang ni NK dalam pemulihan dan buat masa sekarang masih lagi duduk atas kerusi roda supaya tak bagi tekanan pada tulang belakang. NK pun sedang jalani terapi selama 4 kali seminggu dalam 4 minggu ni.”
“Insyallah lepas ini takkan lumpuh dan akan boleh berlari. Cuma selama 6 minggu ni kena berhati-hati dan rajin pergi terapi. NK pun tak boleh langsung angkat barang berat. Tapi masalahnya, anak-anak sangat rapat dengan NK. Sampaikan setiap hari nak kena angkat mereka semua dari baby Haq sampai la anak yang sulung, Armany, 13 tahun” ujar NK sewaktu dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi.
Setelah menjalani pembedahan tersebut, NK akui dirinya masih lagi tidak sempat berehat. Selama lima hari berada di hospital, NK dikatakan sudah mula jalani penggambaran drama bersiri ‘Julia’ yang sedang di tayangkan di Slot Akasia TV3.
“Lima hari dekat hospital belum sempat lagi berehat. Komitmen terhadap kerja amat diutamakan. Rezeki dari Allah, semua ini juga Allah yang izinkan. Pasti juga Allah akan beri NK kekuatan untuk hadapi semua ini.”
Apabila diajukan soalan, tidakkah selepas ini NK akan berisiko untuk menghidapi penyakit yang sama? Lantas pelakon ini menjawab, “Apa yang NK lalui boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Ini adalah disebabkan tekanan pinggang belakang. Berhati-hati dan terapi sahaja yang bolah mengelakkan diri NK dari tidak terkena penyakit macam ni.”
“Alhamdulillah, NK dah dapat mengandungkan 6 orang anak baru dapat penyakit ini. Kalau tak, mungkin payah untuk laluinya. Allah maha besar,” ujar Norish Karman panjang lebar. – Ohbulan.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...