SUDAH agak lama rasanya tersebar gambar yang kononnya milik Nora Danish sedang mabuk di sebuah kelab sehingga menampakkan seluar dalamnya. Namun sehingga hari ini, Nora Danish tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, sama ada mengiyakan atau menafikan wanita di dalam gambar itu adalah dirinya.
Dan semalam, menerusi BiPop, Nora Danish mengeluarkan beberapa persoalan tentang kesahihan gambar tersebut. Sekali baca, memang ada betul juga kata Nora Danish seperti di bawah:-
Saya nak tanya, adakah gambar yang tersebar di internet itu ada menunjukkan botol arak berselerak? Adakah gambar tersebut menunjukkan gadis berkenaan berada dalam keadaan mabuk, tak ada! Gambar itu juga tidak menunjukkan sebarang tarikh, kononnya dilakukan sekembalinya saya dari umrah. Kebenarannya memang tak ada langsung. Lepas itu kata nampak seluar dalam, kemudian dikaburkan. Saya malas nak komen, lagipun pengurusan MIG Productions, bos saya, David Teo tidak membenarkan saya membuat sebarang ulasan berhubung gambar berkenaan. Cerita di dalam blog itu pun tidak menyebut sebarang nama, lainlah kalau ada nama saya, pasti saya ambil tindakan.
Semua dah tengok gambar tersebut dan segala persoalan yang dikeluarkan oleh Nora Danish di atas memang ada kebenarannya. Memang tak ada gambar botol arak, atau tarikh pada gambar tersebut. Malah gambar tersebut memang samar-samar dan sukar untuk membuat pengesahan siapakah gadis di dalam gambar tersebut. Kata Nora Danish lagi:-
Sekiranya benar itu gambar saya, ramai peminat yang bertanya, apa bukti yang mengatakan saya mabuk, mana tarikh yang dikatakan insiden itu berlaku selepas saya balik umrah? Sekembalinya saya daripada umrah, saya tidak terbabit dengan sebarang penggambaran, saya hanya bercuti dengan anak, jadi benda ni memang tak logik.
Dan Nora Danish enggan memberi sebarang pengesahan sama ada gadis di dalam gambar itu adalah dirinya atau pun tidak. Bagi penulis itu satu tindakan yang patut dibuat oleh Nora Danish. Lebih baik tumpukan perhatian kepada kerjaya daripada menghabiskan masa melayan cerita sebegini. Tak gitu?
0 comments:
Post a Comment