Perjanjian Kita Dengan ALLAH
hidup sebagai hamba Allah yang bergelar 'manusia; pastinya sukar untuk kita lari daripada sikap pelupa. jika diteliti kehidupan manusia hari ini, sudah ramai yang mula lupa akan perjanjian pertama roh kita kepada Allah sebelum roh ditiupkan ke jasad.
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Al-A'raaf 7:172)
awal awal lagi sebelum dilahirkan kita ke dunia, kita sudah memiliki satu janji kepada Allah. Sungguh manusia mudah lupa pada janji. Janji untuk taat kepada Allah, menjalankan segala perintahNya, dan tidak menyekutukanNya. Tapi hakikat kehidupan manusia hari ini, sudah ramai yang tidak mengendahkan perintah Allah apatah lagi menyekutukanNya. masyaAllah.
orang Islam bukan tidak sedar akan dosa besar jika menyekutukan Allah, tapi segelintir mereka seolah-olah tidak mempunyai rasa takut akan balasan Allah di akhirat yang pasti. Jika dilahirkan dalam keluarga Islam, kita beruntung kerana sejak lahir kita sudah didedahkan dengan ilmu agama Islam. ibu bapa juga menghantar kita untuk mendapatkan pendidikan agama yang lengkap agar menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi hamba yang taat kepada Tuhan nya.
namun, jika ilmu sudah diberikan tetapi masih tidak mahu mempraktikkannya, apalah guna. sesuatu ilmu dipelajari bukan untuk hanya dibanggakan tetapi untuk diamalkan. jangan disembunyikan ilmu didada, taburlah ia untuk kebaikan diri dan bangsa.
buat yang terlupa juga khusus buat diriku : saat roh ingin ditiup ke jasad dan lahir didunia sebagai hamba Allah yang satu, setiap daripada kita sudah berjanji bahawa Allah adalah Tuhan kita dan akan mengabdikan diri kepadaNya. Janji ini pasti akan dituntut Allah di akhirat kelak. Mungkin didunia kita merasa bebas tanpa diperhatikan, tapi ingat Allah sentiasa memerhati tindakan kita bahkan apa yang terkandung dalam fikiran juga diketahui oleh Allah. renung-renungkan apakah kita masih berpegang pada janji atau sudah jauh melupakan janji kita kepada Allah.
0 comments:
Post a Comment