Searching...
Tuesday 5 June 2012
13:06 0

Pelakon Nur Fathia Masyhur Dengan Cerita Negatif

"DALAM industri ini, tak semua orang suka kita. Mungkin ada di depan kita okey, bila belakang rupanya dia tak suka. Tapi Fathia cuba berfikiran positif. Siapa yang layan Fathia dengan baik, Fathia terima," kata pelakon Fathia mengenai bermacam-macam gosip tentang dirinya di set penggambaran yang berlanjutan sejak tahun lalu.

Fathia pernah dikaitkan dengan cerita masalah disiplin, besar kepala, sombong dan demand bayaran tinggi daripada pihak produksi yang membuatkan dirinya masyhur dengan cerita negatif. Adakah Fathia jenis begitu?

“Cakap-cakap tak puas hati di belakang ini memang sering berlaku. Bukan pada dunia artis saja, tapi orang biasa pun ada. Cuma masalahnya bila wartawan dengar dan terus menganggap gosip itu betul dan semua orang percaya.

“Walhal, persepsi liar yang melibatkan nama Fathia itu sepatutnya boleh terjawab kalau ditanyakan terus pada pihak produksi yang bekerja berbulan-bulan dengan Fathia," ulas anak sulung daripada empat beradik ini.

Bagaimanapun dia tidak letih membuat penafian biarpun kadangkala pokok pangkal cerita gosip Fathia itu berasas.

“Fathia rasa kalau artis itu ada masalah mesti dilihat semula tawaran kerja sebelum ini. Buat setakat ini, alhamdulillah, Fathia tak ada masalah untuk job seterusnya. Fathia ada drama Mahabbah, Bertaut Kasih dan macam-macam lagi.

“Fathia rasa kita semua kena tengok ke hadapan. Semua (gosip) itu dah lepas. Fathia rasa tak payah lagi nak ungkit-ungkit. Sudah pasti, orang yang sayang Fathia mesti nak tengok kemajuan Fathia. Lebih membanggakan buat setakat ini semua dugaan itu Fathia berjaya menempuhinya," katanya lagi.

Ditanya pula bagaimana cara pelakon drama Stanza Cinta yang bersiaran di TV3 ini dapat menempuhi dugaan yang sama pada masa depan, Fathia berkata: “Senang saja tak payah layan kalau cerita itu tak betul. Memang ada orang menggelabah kalau kena kutuk.

“Tapi Fathia tak akan kecoh kalau Fathia tak berada dalam posisi yang salah. Lagi pun, orang nak kutuk, kutuklah. Benda itu pun dah jadi normal dalam masyarakat kita.

“Kalau nak tahu, setiap kali terkena gosip, Fathia cuma tersenyum. Lantaklah orang nak cakap apa sebab setiap cerita buruk itu selalunya digantikan dengan rezeki mendatang," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan tatkala diminta mengulas tentang Fathia yang dikatakan menganggap dirinya sebagai diva mengundang tawa di wajah wanita berusia 25 tahun ini.

“Fathia hanya seorang pelakon yang terlalu ingin menjadi seniwati. Fathia tak nak jadi diva, cuma Fathia sedih bila orang pertikai Fathia yang lantang bersuara.

“Tapi, biarlah orang nak cakap apapun," katanya penuh pengertian di hujung perbualan pada majlis sambutan hari ibu anjuran Rafflesia The Pearl Centre dan Lord’s Tailor baru-baru ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...