Searching...
Tuesday, 5 June 2012
05:08 0

Kritikal diserang 30 samseng depan kuil


GEORGE TOWN - Perasaan marah dan tidak puas hati yang meluap-luap oleh sekumpulan 30 samseng sampai ke kemuncaknya apabila mereka menyerang dan mengelar seorang remaja hingga parah dengan pisau dan kayu dalam kejadian di sebuah kuil di Kampung Baru, Air Itam di sini kelmarin.

Kejadian pukul 9.15 malam itu mengakibatkan K. Sasikumar, 19, kritikal dan terpaksa bertarung nyawa hampir tujuh jam di Wad Kecemasan Hospital Pulau Pinang ekoran serangan tersebut.

Selain itu, mangsa juga terpaksa menerima 100 jahitan selepas dia luka parah di muka dan bahu akibat dikelar berkali-kali oleh lelaki tersebut dengan pisau.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...