"BARU popular dengan satu lagu dah mula demand macam-macam. Tak tahu la nak cakap apa lagi dengan kumpulan Klangit tu, Lagak mereka makin menjadi-jadi, kalah kumpulan yang dah buat 10 album," kata salah seorang penganjur yang terlibat dalam Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini.
Amboi, marah sungguh penganjur ini pada Klangit yang tengah popular dengan lagu Sesal Mendua tu. Apa yang mereka buat sampaikan pihak penganjur dah gam nama mereka. Dengar khabarnya penganjur tu dah tak mahu ambil Klangit untuk membuat persembahan lagu lepas ni.
Bila Syed risik-risik apa yang dah jadi, rupa-rupanya Klangit sepatutnya buat dua kali persembahan seperti mana yang ada dalam jadual. Tapi selepas buat satu persembahan mereka tak mahu nyanyi lagi.
Alasan yang diberikan sistem bunyi teruk, pentas tak menarik dan macam-macam rungutan yang memang buat penganjur panas hati.
“Memang banyak sangat songeh kumpulan ni. Pertama kali aku jumpa kumpulan yang memang berlagak bagus walaupun orang lain tak berapa kenal mereka.
“Mereka patut tahu pada hari itu ada 24 pentas nyanyi yang jalan serentak masa hari belia tu. Ramai artis yang diundang tetapi mereka tak merungut sebab tahu acara penganjuran begini memang tak akan lari daripada masalah remeh-temeh.
“Bila bersembang dengan beberapa kawan lain yang pernah panggil kumpulan ni, mereka pun merungut hal yang sama. Khabarnya kumpulan Klagit ni memang banyak songeh," kata penganjur ni lagi.
Ada kalanya kita kena kompromi dengan banyak perkara. Orang yang ada nama pun kadang-kala tak banyak bunyi, ini kan pula kita orang baru.
0 comments:
Post a Comment