Searching...
Sunday 10 June 2012
18:46 0

Kenapa Fizz Fairuz Temankan Almy Nadia Ke Hospital?

BERCAKAP soal cinta Fizz Fairuz dan Almy Nadia, Murai Batu pernah mendengar cerita berkenaan hubungan mereka yang semakin goyang. Bagaimanapun khabar angin itu dinafikan sekeras-kerasnya Fizz Fairuz.

Malah ketika rakan Murai Batu berbual mesra dengan Fizz Fairuz baru-baru ini, perangkul Pelakon TV Popular Anugerah Bintang Popular Berita harian 2011 itu nyata masih menyimpan hati dan perasaan terhadap Almy Nadia.

Daripada apa yang terpacul dari mulut Fizz Fairuz, jauh sekali untuk dia mengabaikan Almy Nadia apatah lagi mereka telah menyemai kasih dan sayang untuk beberapa tahun lamanya.

Paling manis sekali apabila Murai Batu diberi tahu, bahawa Fizz Fairuz telah menghantar dan menemani Almy Nadia ke hospital baru-baru ini untuk mendapatkan rawatan kesihatan yang memerlukan pemerhatian lebih dari pihak hospital.

Khabarnya juga, Almy Nadia terpaksa dibedah dan Fizz Fairuzlah menjadi insan yang sentiasa berada di sisinya serta memberi dorongan supaya cepat sembuh.

Itulah perkhabaran yang Murai Batu dapat tahu dari mulut seorang teman dan Murai Batu rasa detik manis itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa hubungan Fizz Fairuz dan Almy Nadia masih ampuh seperti dulu.

Murai Batu doakan, semoga Fizz Fairuz dan Almy Nadi akan kekal bersama yang akan diakhiri dengan ikatan yang sah. Bila agaknya? Itu Murai Batu kurang pasti. Biarlah Fizz Fairuz yang tetapkan.

Murai Batu: Dalam perhubungan, perlu banyak bertolak ansur. Kata-kata orang luar ada kalanya boleh membawa padah. - MURAI

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...