Searching...
Tuesday 5 June 2012
12:26 0

Intan Ladyana Dan Kamal Adli Dah Berpisah?

MENYANGKAL tuduhan tidak berasas sesetengah pihak mengenai perpisahannya dengan kekasih hati Kamal Adli, Intan Ladyana memberitahu dia sendiri bingung dengan khabar angin yang tiba-tiba membadai.

Sedangkan tegasnya, hubungan cinta yang terjalin selama tiga tahun setengah masih lagi utuh.

"Kami masih bersama. Mungkin masing-masing sibuk membuatkan kami jarang berjumpa. Tapi jika ada kelapangan, kami berdua tetap akan meluangkan masa bersama," katanya yang ditemui di Hard Rock Café, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ditanya hala tuju hubungannya, menurut Intan, buat masa ini dia dan Kamal masih lagi belum membincangkan soal perkahwinan.

Bagaimanapun dia tidak menolak untuk berkongsi berita kegembiraan itu kelak.

"Buat masa ini kami masih belum membincangkan apa-apa. Keluarganya juga faham dengan hubungan kami, jadi mereka tidak mendesak.

"Namun jika semuanya telah ditetapkan kami tidak akan merahsiakan, yang pasti kami mahu berkongsi dengan peminat kami," katanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...