Dian bergambar dengan Pattinson
KEHADIRAN Dian Sastrowardoyo sebagai duta produk kecantikan L'oreal dalam Festival Filem Cannes, khususnya untuk majlis De Cannes 2012 di Perancis, ternyata begitu membanggakan rakyat Indonesia. Ini kerana beliau merupakan satu-satunya wakil tunggal dari Asia Tenggara.
Selain beruntung kerana dapat berjalan di karpet merah, dan menjadi tumpuan lensa kamera dengan busana berwarna biru firusnya, Dian mempunyai pengalaman yang lebih bernilai. Beliau telah duduk di hadapan aktor kegilaan ramai, Robert Pattinson dan sempat bergambar bersama.
Dian kemudian memuat naik gambarnya dengan bintang filem Twillight tersebut di akaun Twitter miliknya, @therealDiSastr dan telah mendapat pelbagai respons daripada pengikutnya.
Selain itu, Dian juga sempat memuat naik gambarnya bersama dengan Miss Universe 2010, Jimena 'Ximena' Navarette.
0 comments:
Post a Comment