Searching...
Saturday, 16 June 2012
06:21 0

Bayi nyaris rentung


GEORGE TOWN - Seorang bayi lelaki berusia dua hari nyaris rentung dalam kebakaran melibatkan 15 rumah kongsi dan lima kontena yang didiami warga Indonesia berdekatan tapak pembinaan Taman Alor Vista, Relau di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, bayi terbabit dijumpai terperangkap di dalam rumah kongsi bersama ibu bapanya yang ketika itu sedang nyenyak tidur.

Kebakaran itu turut melibatkan penginapan 30 buruh kontrak yang bekerja di tapak pembinaan tidak jauh dari tempat kejadian.

Tiada kecederaan serius kerana kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri sebelum api marak ke setiap rumah papan tersebut.

Kejadian tersebut memusnahkan harta benda milik mangsa termasuk pasport mereka.

Ketua Bomba Zon Jalan Perak, Ahmad Hafiz Sulaiman berkata, lapan jentera bersama 68 anggota dari Balai Bomba Paya Terubong dan Bayan Baru dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.GEORGE TOWN - Seorang bayi lelaki berusia dua hari nyaris rentung dalam kebakaran melibatkan 15 rumah kongsi dan lima kontena yang didiami warga Indonesia berdekatan tapak pembinaan Taman Alor Vista, Relau di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, bayi terbabit dijumpai terperangkap di dalam rumah kongsi bersama ibu bapanya yang ketika itu sedang nyenyak tidur.

Kebakaran itu turut melibatkan penginapan 30 buruh kontrak yang bekerja di tapak pembinaan tidak jauh dari tempat kejadian.

Tiada kecederaan serius kerana kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri sebelum api marak ke setiap rumah papan tersebut.

Kejadian tersebut memusnahkan harta benda milik mangsa termasuk pasport mereka.

Ketua Bomba Zon Jalan Perak, Ahmad Hafiz Sulaiman berkata, lapan jentera bersama 68 anggota dari Balai Bomba Paya Terubong dan Bayan Baru dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...