KUALA LUMPUR, 11 MEI 2012: Meskipun sambutan hari ibu tahun ini jatuh pada 13 Mei, namun sepatutnya insan yang bernama ibu itu perlu diingati dan dihargai pengorbanannya setiap hari.
Sama ada menyambut atau tidak ,itu bukanlah persoalannya. Tetapi bagaimana seseorang anak itu tahu menghargai setiap pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya.
Sempena memperingati hari ibu, sebuah portal hiburan telah mendapatkan pandangan beberapa selebriti yang sudah menjadi ibu dan juga yang bakal bergelar ibu untuk meluahkan pendapat masing-masing berhubung hari bahagia berkenaan.
"Bagi Siti sambutan hari ibu itu bukan hanya perlu disambut pada hari tertentu sahaja tetapi yang penting bagaimana kita sebagai seorang anak menghargai dan menyayangi ibu kita setiap hari.
"Walaubagaimanapun, setiap kali sambutan hari ibu saya bersama adik-beradik lain akan berkumpul meraikannya dan jika sibuk saya akan telefon ibu dan mengucapkan terima kasih atas segala pengorbanannya kepada kami adik-beradik.
"Paling gembira, apabila saya telah menjadi ibu tiri kepada anak-anak suami saya. Saya pernah menerima ucapan hari ibu daripada mereka tidak kira dalam bentuk SMS ataupun panggilan telefon.
"Tahun ini juga saya akan meraikan bersama-sama ibu lain, di dalam sebuah majlis Hari Ibu...Sepetang Bersama Datuk Siti Nurhaliza yang akan berlangsung di Hotel Dorsert, Subang pada 13 Mei ini".
0 comments:
Post a Comment