Jurucakap pihak berkuasa maritim, Bruce Fraser berkata, sekurang-kurangnya lima kontena turut ditemui di pantai Waihi, di mana lokasi utama tumpuan pelancong ke negara itu.
“Sedikit sisa minyak dipercayai turut merebak sejauh tiga kilometer dari terumbu Astrolabe di Tauranga dan ia turut mencemari pulau dan pantai sekitar,” menurutnya lagi.
Polis memaklumkan mereka telah menutup pantai Waihi kepada orang ramai untuk sementara waktu.
Kapal itu yang dilaporkan terkandas di perairan New Zealand tersebut sejak 5 Oktober lalu turut menyebabkan pencemaran maritim selepas sisa tumpahan minyak merebak ke pesisir pantai.
0 comments:
Post a Comment