Di Chihuahua, Mexico, khabar angin tempatan mengatakan bahawa ada satu patung mannequin di tingkap sebuah kedai baju pengantin yang dikatakan sebenarnya mayat seorang gadis, patung mayat itu dikenali sebagai "Pascualita".Menurut cerita, seorang wanita yang bernama Pascuala Esparza memiliki butik perkahwinan di bandar, dan sedang menyiapkan satu gaun perkahwinan istimewa untuk anak gadisnya iaitu Pascualita yang akan berkahwin dalam masa terdekat.Semuanya berjalan dengan baik sehingga pada suatu hari bakal pengantin ini tiba-tiba meninggal dunia selepas digigit oleh serangga berbisa.
Tertekan oleh kematian anak perempuannya, Pascuala kemudian mengekalkan bentuk anaknya dengan "memumiakan" anaknya itu dan memakaikannya gaun pengantin yang telah siap serta meletakkan "patung mannequin" Pascualita di tingkap kedai agar semua orang boleh melihat anaknya sebagai seorang pengantin.Hari ini, Pascualita kekal berdiri di tingkap "La Popular" di pusat bandar Chihuahua. Walaupun ia dianggap sebagai sebuah mitos, namun ciri-ciri pada mannequin terutama pada bahagian tangan membuat orang percaya bahawa itu memang mayat Pascualita.
0 comments:
Post a Comment