Lelaki Yang Menghina Ratu Thailand Maut di Penjara
BANGKOK - Seorang lelaki Thailand yang dipenjara kerana menghina keluarga Kerajaan Thailand dilaporkan mati ketika dia menjalani hukuman penjara 20 tahun. Lelaki itu diketahui meninggal kerana kanser mulut yang dideritanya.
Amphon Tangnoppakul menarik perhatian Thailand, saat dijerat hukum Lese Majeste November lalu. Lelaki yang dikenali dengan sebutan "Paman SMS" ini menerima hukuman paling berat dalam tuduhan penghinaan atas keluarga kerajaan. Demikian diberitakan Bangkok Post, Rabu (9/5/2012).
Saat berita kematiannya tersebar, sekira 40 orang penunjuk perasaan melakukan aksi protes di depan kantor Mahmakah Bangkok. Mereka mempertanyakan siapa pembunuh Amphon.
Sementara itu, isterinya Rosmalin Tangnoppakul mengetahui kematiannya ketika mengunjungi sang suami pada Selasa 8 Mei lalu di Penjara Bangkok.
Penyebab kematian Amphon belum diketahui secara resmi. Tetapi ada laporan bahawa dia mengeluhkan rasa sakit pada perutnya pada Jumaat 4 Mei lalu. Namun, laporan terbesit bahawa dirinya meninggal akibat kanser mulut yang dideritanya.
Mantan pemandu truk ini ditangkap pada Ogos 2010 lalu. Dia dituduh menggunakan telefon seluler untuk mengirim sms ke pemerintah. SMS yang dikirim itu dianggap menyerang Ratu Sirikit.
Namum, Amphon menepis tuduhan tersebut dan mengaku tidak mengerti cara mengirim SMS. Penangkapan itu menimbulkan kontroversi dan tentangan dari penentang lese majeste, yang selama ini mengatur undang-undang penghinaan atas keluarga kerajaan.
0 comments:
Post a Comment