WALAUPUN dia gembira dengan hubungan cintanya bersama Selena Gomez, ini tidak bermakna Justin Bieber tidak mampu membuatkan mimpi seorang gadis remaja menjadi kenyataan.
Penyanyi berusia 18 tahun itu membuat keputusan untuk membawa penuntut Sekolah Menengah Virginia, Cady Eimer, 18 sebagai temannya untuk ke Anugerah Muzik Billboard baru-baru ini, selepas tidak dapat ke majlis tari menari senior pelawaan Cady.
BIEBER... dan Cady di majlis Anugera Muzik Billboard di Los Angeles.
Jadi, Bieber membuat keputusan untuk membantu impian Cady menjadi kenyataan dengan mengajak Cady dan adiknya hadir ke majlis anugerah itu bersamanya.
Penyanyi lagu “Boyfriend” itu memberitahu People.com: “Saya tak hadir ke majlis tari menari itu jadi saya katakan kepadanya awak perlu terbang ke majlis Anugerah Billboard dan boleh menjadi teman saya. Dia peminat saya dan saya fikir ia mungkin menyeronokkan.”
Namun begitu, ada satu aksesori tarian prom yang Bieber terlupa untuk membeli dan dia mengaku: “Saya tidak belikan dia korsaj.”
Tapi, walaupun tanpa korsaj, Cady masih lagi bergembira malam itu dan menulis di laman Twitternya selepas acara itu dengan mengatakan dia seronok sekali.
Dia menulis: “Tak mahu menipu, saya sedih hari ini berakhir. Ia sungguh menyeronokkan.”
Undangan Bieber kepada Cady ke majlis anugerah itu dibuat beberapa bulan selepas dia menjadikan impian seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang menghidap penyakit kanser yang jarang dihidapi, menjadi kenyataan.
Penyanyi itu bertemu dan “mengahwini” Avalanna Routh pada Hari Memperingati Kekasih.
Mereka menghabiskan masa dengan bermain permainan berpapan, makan kek cawan, menandatangani autograf untuk satu sama lain sebelum membuat keputusan untuk “berkahwin.”
Apabila ditanya berapa lama dia mencintai Bieber, Avalanna yang berusia enam tahun itu menjawab: “Tujuh tahun. Tidak, 80 tahun.”
Dan pada 2010, Bieber menggembirakan Cody, tiga tahun, yang menangis kerana sayangkan penyanyi remaja itu di YouTube dan menjadikan klip itu terkenal seluruh dunia.
Selepas mengetahui kisah Cody, pengacara rancangan bual bicara AS, Jimmy Kimmel menjemput Cody dan keluarganya ke rancangan itu dan memeranjatkan mereka dengan kehadiran Bieber. -DM
0 comments:
Post a Comment