Searching...
Thursday 10 May 2012
15:32 0

Datuk Siti Nurhaliza 'Kantoi' Pergi Hospital Kecantikan

KUALA LUMPUR, 10 MEI 2012: Berita ini memang mengejutkan media apatah lagi apabila membabitkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Kerana setahu kami di sini, belum pernah keluar kisah atau cerita mengenai Datuk Siti pergi membuat wajah atau melakukan pembedahan kosmetik di hospital kecantikan tempatan mahupun luar negara bagi mengekalkan kecantikannya sekarang.

Maklum sajalah sekarang semakin ramai selebriti popular tanah air yang bersikap lebih terbuka berkongsi pengalaman mereka menjalani rawatan kosmetik bagi memastikan penampilan dan wajah mereka kekal berseri tanpa dimamah usia.

Namun jangan buat sebarang spekulasi terlebih dahulu. Kerana jawapannya hanya akan dapat dikongsikan bersama lewat petang nanti selepas bertemu sendiri penyanyi kesayangan ramai itu pada majlis pelancaran pusat perubatan Beverly Wilshire Medical Centre, di ibu negara hari ini.

Datuk Siti bersama-sama Pengarah Miss Universe Malaysia, Andrea Fonseka dan Ratu Cantik Malaysia Universe 2012, Kimberley Leggett dijangka hadir bagi merasmikan pusat kecantikan berkenaan yang akan disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sebagai info sampingan, Beverly Wilshire Medical Centre merupakan pusat estetik, pembedahan kosmetik dan kesihatan yang memberikan rawatan kelas pertama kepada setiap pelanggan atau pesakit menggunakan teknologi terkini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...